Tuesday, September 6, 2011

KENDERAAN GANTI KEDIAMAN


Jika anda masih belum perasan, kehidupan moden kita banyak dihabiskan disebalik sebuah kenderaan. Walaupun kereta telah wujud lebih kurang 125 tahun yang lalu, peranan sebenar serta hubugannya dengan manusia hanya melalui perubahan dalam beberapa dekad yang lalu.


Mulanya ia hanya penggerak yang menggantikan kuda, namun kini berkembang menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan seharian kita. Hari ini sebuah kereta bukan sekadar menjadi satu alat pengangkutan dan lambang status. Arah rekaan yang ada padanya menghala ke masa depan, dimana kereta menjadi platform kenderaan untuk gaya hidup berbanding sekadar sebuah pengangkutan. 


Kita sudah dapat melihat bagaimana konsep ini digunakan oleh pengeluar terkemuka seperti pada KIA KV7 dan Nissan Townpod. Jadi, adakah kereta masa hadapan akan menjurus lebih kepada sebuah ruang tamu berbanding bentuk futuristic coupe empat pintu?


Mengambil kira arah masa depan dan perubahan hubungan manusia dengan kenderaan, mungkin kenderaan masa hadapan akan lebih kepada ruang tamu bergerak seperti konsep van elektrik. Dengan adanya lantai yang rata, susun atur dalaman boleh ubah dapat digunakan dengan tempat duduk pemandu boleh dipusing menghadap ke bangku belakang atau dilipat samada menjadi meja atau tempat letak kaki.


Malah ia juga boleh menjadi modular dimana pemandu boleh menanggalkan tempat duduk untuk disimpan atau meletakkan barangan yang besar. Jangan anggap kenderaan hanya alat pengangkuta dengan empat atau lima tempat duduk menghadap ke hadapan, tugasnya boleh dikembangkan menjadi sebuah pejabat bergerak atau tempat berjumpa dan bersosial. Kemungkinannya tidak berpenghujung.

Saturday, August 13, 2011

PRODUK PROTON

Berikut adalah senarai kereta keluaran PROTON :


Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia).



Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.


 
Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.



Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.



Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback. Ia juga mengekalkan enjin 82kW Campro.



Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.
Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian kit.



Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution III. Model ini hanya digunakan pada Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).



Sport Coupe 2 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Asti.



Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.

Hatchback 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Colt.

Proton Satria GTI



Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.

Proton Satria R3


Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.

Proton Satria Neo


Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ia dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro. Ia dijangka mengambil kembali pasaran jualan kereta Proton sebanyak 40%.



Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan 1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara. Tetapan standard kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.



Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka dibawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.



Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Tetapi, chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis dari Mitsubishi dan Volvo S40 generasi pertama (melainkan varian 1,800 cc, dimana dibangunkan dengan menggunakan enjin Renault). Asalnya model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin 4G18 yang turut digunakan oleh Mitsubishi Lancer model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.



Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Telah terjual sebanyak 220,000 unit diantara 1996 dan 1998. Versi ini amat popular di Malaysia.



MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009. Ia menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang menghasilkan 125 kuasa kuda/6750rpm dan 150Nm of tork/4000rpm, memberikan kelajuan maksimum 165 km/j dan penggunaan bahan api 7.2 L/100 km. Exora dianugerahkan 4 bintang dalam penarafan EuroNCAP selepas 32 buah Exora dihantar menjalani ujian perlanggaran di pusat ujian perlanggaran Applus+ IDIADA di Sepanyol. Selain itu, Exora turut dianugerahkan penarafan 4 bintang oleh program penilaian MyVAP. Salah satu daripada ciri utama yang membolehkan penarafan tersebut dicapai ialah melalui penggunaan keluli tegangan bagi kerangka badan, memberikan kestabilan yang lebih baik serta penyerapan kesan perlanggaran yang lebih baik semasa kemalangan. Bar impak tepi juga dipasang bagi mengukuhkan kerangka pintu serta bagi menyerap kesan perlanggaran dari arah tepi.

PROTON MALAYSIA




PROTON (Singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn.Bhd) ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM 150 juta, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mecapai aspirasi Negara menuju kearah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) serta rakan-rakan usahasama dari seberang laut.

Pemegang saham terdiri daripada :
  • Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)

  • Mitsubishi Motor Corporation Jepun (15%)
  • Mitsubishi Corporation Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di :
  • Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor.


  • Tanjung Malim, Perak.



Sumber Maklumat Wikipedia